At-Tuur (52) : 26
قَالُوا إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ
Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami - selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah), |
At-Tuur (52) : 27
فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ
Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufiqNya), serta memelihara kami dari azab neraka. |
At-Tuur (52) : 28
إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلُ نَدْعُوهُ إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ
Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembahNya (dan memohon pertolonganNya). Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani. |
Ar-Rahmaan (55) : 46
وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, - |
Ar-Rahmaan (55) : 47
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
Ar-Rahmaan (55) : 48
ذَوَاتَا أَفْنَانٍ
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; - |
Ar-Rahmaan (55) : 49
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
Ar-Rahmaan (55) : 50
فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; - |
Ar-Rahmaan (55) : 51
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. |
Ar-Rahmaan (55) : 52
فِيهِمَا مِنْ كُلِّ فَاكِهَةٍ زَوْجَانِ
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). |
Page 17 of 24
