Surah Al-Baqarah:144
   
Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.
 Surah Al-Mujaadalah:13
   
Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan.
 Surah Al-Mulk:27
   
Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!".

Senarai Tema Yang Merujuk Ayat Ini :

 Tema   Sub Tema 1   Sub Tema 2   dan seterusnya


Agama Islam   Solat  Puasa  Kewajiban berpuasa (10 ayat)  
Amal   Perbuatan yang diharamkan  Pembunuhan dan perang  Membunuh jiwa yang diharamkan Allah (17 ayat)  
Jihad   Tawanan perang dan hamba  Langkah untuk menghilangkan perhambaan  Memerdekakannya (9 ayat)  
Hukum   Hukum-hakam  Pembalasan  Kisas (8 ayat)  
Hukum   Hukum-hakam  Pembalasan  Pembunuhan (5 ayat)  
Hukum   Hukum-hakam  Kemaafan  Penebusan (12 ayat)  
Page 1 of 0
©2026 Quranology

Search