Surah Taahaa:6
   
Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.
 Surah An-Naaziaat:1
   
Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya;
 Surah Al-An'am:26
   
Dan mereka pula melarang orang ramai dari mendengar Al-Quran dan mereka juga menjauhkan diri daripadanya, padahal mereka (dengan perbuatan yang demikian) hanyalah membinasakan diri sendiri (dengan bala bencana dan azab yang disediakan untuk mereka di dunia dan di akhirat kelak), sedang mereka tidak menyedarinya.
 Surah Qaaf:35
   
Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).
 Surah Al-Fajr:24
   
Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"

Senarai Tema Yang Merujuk Ayat Ini :

 Tema   Sub Tema 1   Sub Tema 2   dan seterusnya


Agama Islam   Tauhid  Tauhidullah  llmu Allah (119 ayat)  
Ilmu   Bukti ilmiah dan isyarat terhadap kejadian penting yang telah dibuktikan oleh penemuan ilmu moden  Lautan (43 ayat)  
Ilmu   Bukti ilmiah dan isyarat terhadap kejadian penting yang telah dibuktikan oleh penemuan ilmu moden  Isyarat bahawa benda tidak musnah (4 ayat)  
Sosial   Kemasyarakatan  Bersatu dan mengikuti jalan yang lurus (6 ayat)  
Page 1 of 0
©2026 Quranology

Search