Surah At-Taubah:111
   
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Senarai Tema Yang Merujuk Ayat Ini :

 Tema   Sub Tema 1   Sub Tema 2   dan seterusnya


Agama Islam   Tauhid  Tauhidullah  Sifat-sifat Allah  Sifat-sifat individualNya  Al Halimu (8 ayat)
Amal   Perbuatan yang diharamkan  Perkataan (Ucapan)  Bersumpah untuk bermaksiat (4 ayat)  
Akhlak   Akhlak yang tercela  Perkataan yang tidak dimaksudkan (7 ayat)  
Page 1 of 0
©2026 Quranology

Search