Iman --> Masalah ghaib --> Neraka --> Penghuninya


 Al-Humazah (104) : 1
   
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
 Al-Humazah (104) : 2
   
Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
 Al-Humazah (104) : 3
   
Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
 Al-Humazah (104) : 4
   
Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
 Al-Humazah (104) : 5
   
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
 Al-Humazah (104) : 6
   
(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
 Al-Humazah (104) : 7
   
Yang naik menjulang ke hati;
 Al-Humazah (104) : 8
   
Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
 Al-Humazah (104) : 9
   
(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.
 Al-Masad (111) : 1
   
Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
Page 25 of 26

©2025 Quranology

Search