Iman --> Iman kepada Allah --> Balasan


 Al-An'am (6) : 160
   Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir
Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).
 Al-An'am (6) : 164
   Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir
Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.
 Taahaa (20) : 74
   Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir
Sebenarnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya pada hari akhirat sedang ia bersalah maka sesungguhnya adalah baginya neraka jahannam yang ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup.
 Taahaa (20) : 75
   Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir
Dan sesiapa yang datang kepadaNya sedang ia beriman, serta ia telah mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya:
 Taahaa (20) : 76
   Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir
(Iaitu) Syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itu ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat.
 Al-Hajj (22) : 50
   Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir
Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.
 Al-Hajj (22) : 51
   Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir
Dan (sebaliknya) orang-orang yang berusaha menentang dan membatalkan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itulah ahli neraka.
 Ghafir (40) : 60
   Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
 Al-Balad (90) : 18
   Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir
(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).
 Al-Balad (90) : 19
   Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. -
Page 1 of 2

©2025 Quranology

Search