An-Nisaa’ (4) : 53
أَمْ لَهُمْ نَصِيبٌ مِنَ الْمُلْكِ فَإِذًا لَا يُؤْتُونَ النَّاسَ نَقِيرًا
Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? (Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia. |
As-Saaffat (37) : 149
فَاسْتَفْتِهِمْ أَلِرَبِّكَ الْبَنَاتُ وَلَهُمُ الْبَنُونَ
(Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu: Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan, dan untuk mereka anak-anak lelaki? |
As-Saaffat (37) : 150
أَمْ خَلَقْنَا الْمَلَائِكَةَ إِنَاثًا وَهُمْ شَاهِدُونَ
Atau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu - perempuan? |
As-Saaffat (37) : 151
أَلَا إِنَّهُمْ مِنْ إِفْكِهِمْ لَيَقُولُونَ
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata: |
As-Saaffat (37) : 152
وَلَدَ اللَّهُ وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
Allah beranak; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang berdusta! |
As-Saaffat (37) : 153
أَصْطَفَى الْبَنَاتِ عَلَى الْبَنِينَ
(Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula ialah anak-anak perempuan yang kamu tidak sukai?) Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis itu Dia lah yang menciptakannya)? |
As-Saaffat (37) : 154
مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ
Apa sudah jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)? |
As-Saaffat (37) : 155
أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Setelah ditegur, maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahil bagiNya anak-pinak)? |
As-Saaffat (37) : 156
أَمْ لَكُمْ سُلْطَانٌ مُبِينٌ
Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah)? |
As-Saaffat (37) : 157
فَأْتُوا بِكِتَابِكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
(Kiranya ada) maka bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika betul kamu orang-orang yang benar. |
Page 1 of 6