وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ
Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; |
وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ
Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan; |
وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ
Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; - |
قُتِلَ أَصْحَابُ الْأُخْدُودِ
Celakalah kaum yang menggali parit, |
النَّارِ ذَاتِ الْوَقُودِ
(Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran, |
Al-Buruuj (85) : 6
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ
(Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya, |
Al-Buruuj (85) : 7
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir وَهُمْ عَلَى مَا يَفْعَلُونَ بِالْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ
Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman. |
Al-Buruuj (85) : 8
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ
Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! |
Page 1 of 1