Al-Buruuj (85) : 7
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir وَهُمْ عَلَى مَا يَفْعَلُونَ بِالْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ
Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman. |
Al-Buruuj (85) : 8
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ
Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! |
Al-Buruuj (85) : 9
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu. |
Al-Buruuj (85) : 10
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ
Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). |
أَرَأَيْتَ الَّذِي يَنْهَى
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) - |
عَبْدًا إِذَا صَلَّى
Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang? |
أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ عَلَى الْهُدَى
Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? - |
أَوْ أَمَرَ بِالتَّقْوَى
Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)? |
أَرَأَيْتَ إِنْ كَذَّبَ وَتَوَلَّى
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar? |
أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ يَرَى
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? |
Page 3 of 4