Al-Hajj (22) : 59
لَيُدْخِلَنَّهُمْ مُدْخَلًا يَرْضَوْنَهُ وَإِنَّ اللَّهَ لَعَلِيمٌ حَلِيمٌ
Sudah tentu Allah akan memasukkan mereka (yang tersebut itu) ke tempat yang mereka sukai (Syurga), dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. |
Al-‘Ankabut (29) : 56
يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ أَرْضِي وَاسِعَةٌ فَإِيَّايَ فَاعْبُدُونِ
Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu. |
Ad-Dukhaan (44) : 41
يَوْمَ لَا يُغْنِي مَوْلًى عَنْ مَوْلًى شَيْئًا وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ
Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu), |
Ad-Dukhaan (44) : 42
إِلَّا مَنْ رَحِمَ اللَّهُ إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ
Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. |
Al-Buruuj (85) : 1
وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ
Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; |
Al-Buruuj (85) : 2
وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ
Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan; |
Al-Buruuj (85) : 3
وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ
Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; - |
Al-Buruuj (85) : 4
قُتِلَ أَصْحَابُ الْأُخْدُودِ
Celakalah kaum yang menggali parit, |
Al-Buruuj (85) : 5
النَّارِ ذَاتِ الْوَقُودِ
(Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran, |
Al-Buruuj (85) : 6
إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ
(Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya, |
Page 2 of 4