Surah An-Nuur:35
   Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Senarai Tema Yang Merujuk Ayat Ini :

 Tema   Sub Tema 1   Sub Tema 2   dan seterusnya


Agama Islam   Tauhid  Tauhidullah  Sifat-sifat Allah  Sifat yang disandarkan kepadaNya  Cahaya langit dan bumi (1 ayat)
Agama Islam   Tauhid  Tauhidullah  Sifat-sifat Allah  Sifat-sifat individualNya  An Nur (1 ayat)
Agama Islam   Tauhid  Tauhidullah  Masyiatullah (101 ayat)  
Agama Islam   Muhammad Rasulullah S.A.W  Akhlak dan sifat Rasul serta kurnia Allah kepadanya (53 ayat)  
Sosial   Menyambung tali kerabat (35 ayat)  
Page 1 of 0
©2025 Quranology

Search