Surah Al-Ma'idah:3
   Asbabun Nuzul Doa HadisMultimediaTafsir
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Senarai Tema Yang Merujuk Ayat Ini :

 Tema   Sub Tema 1   Sub Tema 2   dan seterusnya


Agama Islam   Islam  Agama yang diredhai (28 ayat)  
Agama Islam   Islam  Ajakan kepada Islam (15 ayat)  
Agama Islam   Tauhid  Tauhidullah  Nikmat Allah dan perintah membicarakannya (39 ayat)  
Agama Islam   Solat  Puasa  Makanan (31 ayat)  
Iman   Allah  Takut kepadaNya (47 ayat)  
Ilmu   Bukti ilmiah dan isyarat terhadap kejadian penting yang telah dibuktikan oleh penemuan ilmu moden  Haiwan dan binatang kecil (93 ayat)  
Ilmu   Bukti ilmiah dan isyarat terhadap kejadian penting yang telah dibuktikan oleh penemuan ilmu moden  Kesihatan (9 ayat)  
Amal   Perbuatan yang diharamkan  Memakan bangkai, darah dan daging babi (5 ayat)  
Amal   Perbuatan yang diharamkan  Berjudi dan menilik nasib (3 ayat)  
Akhlak   Akhlak yang tercela  Fasik (32 ayat)  
Hukum   Hukum-hakam  Kemaafan  Pengecualian (5 ayat)  
Agama Islam   Tauhid  Syirik dan orang-orang musyrik  Larangan dan ancaman melakukan syirik (69 ayat)  
Amal   Amal soleh  Taat pada Allah, Rasul dan Pemimpin (24 ayat)  
Amal   Perbuatan yang diharamkan  Zina dan perbuatan keji  Perbuatan keji (19 ayat)  
Amal   Perbuatan yang diharamkan  Masalah harta  Mencuri (3 ayat)  
Amal   Perbuatan yang diharamkan  Pembunuhan dan perang  Membunuh anak (5 ayat)  
Amal   Perbuatan yang diharamkan  Pembunuhan dan perang  Membunuh jiwa yang diharamkan Allah (17 ayat)  
Dakwah   Hukumnya wajib  Tugas utama para Rasul (29 ayat)  
Jihad   Peraturan perang  Hukum-hukum khusus  Baiat (4 ayat)  
Sosial   Keluarga  Nikah (28 ayat)  
Sosial   Keluarga  Anak-anak (16 ayat)  
Sosial   Keluarga  Membunuh anak-anak (5 ayat)  
Harta   Pencurian (2 ayat)  
Page 1 of 0
©2025 Quranology

Search