Surah Yunus:22
   Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir
Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur".

Senarai Tema Yang Merujuk Ayat Ini :

 Tema   Sub Tema 1   Sub Tema 2   dan seterusnya


Agama Islam   Islam  Ikhlas dalam beragama (10 ayat)  
Agama Islam   Tauhid  Tauhidullah  Keesaan Allah (Wahdaniyah) (556 ayat)  
Ilmu   Perkapalan (5 ayat)  
Ilmu   Bukti ilmiah dan isyarat terhadap kejadian penting yang telah dibuktikan oleh penemuan ilmu moden  Angin (35 ayat)  
Ilmu   Bukti ilmiah dan isyarat terhadap kejadian penting yang telah dibuktikan oleh penemuan ilmu moden  Lautan (43 ayat)  
Amal   Amal soleh  Istiqamah dalam kebaikan (29 ayat)  
Sosial   Manusia  Merintih ketika ditimpa musibah dan lupa bersyukur ketika mendapat nikmat (19 ayat)  
Akhlak   Akhlak yang tercela  Memukul (6 ayat)  
Akhlak   Akhlak yang tercela  Kekafiran (24 ayat)  
Page 1 of 0
©2025 Quranology

Search