Surah Al-Ahzab:19
   Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir
Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamakan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.

Senarai Tema Yang Merujuk Ayat Ini :

 Tema   Sub Tema 1   Sub Tema 2   dan seterusnya


Iman   Iman kepada Allah  Nifak (140 ayat)  
Amal   Membatalkan amal (26 ayat)  
Jihad   Jihad dalam Islam  Celaan bagi yang enggan berjihad (57 ayat)  
Jihad   Jihad dalam Islam  Seburuk-buruk tentera (56 ayat)  
Jihad   Peperangan pada masa Nabi  Perang Khandak (19 ayat)  
Page 1 of 0
©2025 Quranology

Search