Surah Ali-Imran:154
   Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir
Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)". Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

Senarai Tema Yang Merujuk Ayat Ini :

 Tema   Sub Tema 1   Sub Tema 2   dan seterusnya


Agama Islam   Islam  Jahiliyah (8 ayat)  
Agama Islam   Tauhid  Tauhidullah  Perintah-perintah Allah (53 ayat)  
Agama Islam   Tauhid  Tauhidullah  lndividu memegang pemerintahan dan hukum (27 ayat)  
Iman   Iman kepada Allah  Fitnah dan cubaan adalah ujian bagi iman seorang mukmin (13 ayat)  
Iman   Orang-orang beriman  Cubaan-cubaan orang mukmin (13 ayat)  
Iman   Hari Akhir  Kematian  Sebuah ketentuan yang pasti (16 ayat)  
Iman   Masalah ghaib  Qada dan Qadar (38 ayat)  
Jihad   Jihad dalam Islam  Ajakan untuk berjihad (125 ayat)  
Jihad   Jihad dalam Islam  Pujian bagi jihad (79 ayat)  
Jihad   Peperangan pada masa Nabi  Perang Uhud (28 ayat)  
Akhlak   Akhlak yang tercela  Buruk sangka (8 ayat)  
Page 1 of 0
©2025 Quranology

Search