Surah Saba’:17
ذَلِكَ جَزَيْنَاهُمْ بِمَا كَفَرُوا وَهَلْ نُجَازِي إِلَّا الْكَفُورَ
Demikianlah Kami membalas mereka disebabkan kekufuran mereka; dan sebenarnya Kami tidak menimpakan balasan yang demikian melainkan kepada orang-orang yang amat kufur. |
Surah Al-Qiaamah:36
أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَنْ يُتْرَكَ سُدًى
Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)? |
Surah Al-Qiaamah:37
أَلَمْ يَكُ نُطْفَةً مِنْ مَنِيٍّ يُمْنَى
Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? |
Surah Al-Qiaamah:38
ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً فَخَلَقَ فَسَوَّى
Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? |
Surah Al-Qiaamah:39
فَجَعَلَ مِنْهُ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنْثَى
Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan. |
Surah Al-Insaan:2
إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. |
Surah Al-Mursalaat:20
أَلَمْ نَخْلُقْكُمْ مِنْ مَاءٍ مَهِينٍ
Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang? |
Surah Al-Mursalaat:21
فَجَعَلْنَاهُ فِي قَرَارٍ مَكِينٍ
Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh, |
Surah Al-Mursalaat:22
إِلَى قَدَرٍ مَعْلُومٍ
Hingga ke suatu masa yang termaklum? |
Surah Al-Mursalaat:23
فَقَدَرْنَا فَنِعْمَ الْقَادِرُونَ
Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)! |
Surah Abasa:18
مِنْ أَيِّ شَيْءٍ خَلَقَهُ
(Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? - |
Senarai Tema Yang Merujuk Ayat Ini :
Tema Sub Tema 1 Sub Tema 2 dan seterusnya
Page 1 of 0