Al-A’raaf (7) : 9
وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ بِمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَظْلِمُونَ
Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan tempatnya).
HADISNYA
Dari Aisyah r.a, dia berkata Rasulullah saw bersabda "Barang siapa yang dihisab pada kiamat, maka ia akan diseksa." Aku bertanya, Bukankah Allah berfirman 'Maka dia diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah. ' Beliau menjawab 'Yang demikian bukanlah hisab tapi itu hanyalah sekedar berdiri di hadapan Allah kerana barang siapa yang diperiksa perhitungan amalnya di hari kiamat, maka dia akan diseksa.
No Hadis: 5122
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)