Al-An'am (6) : 162 (Blok: 162-163)
Doanya:
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ
Maknanya: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya).
Keterangannya: Doa penyerahan diri kepada Allah.
Rujukan: Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (Majlis Agama Islam Negeri Pahang)