Al-An'am (6) : 82
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
TAFSIR 1
Allah swt berfirman, (Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan syirik, mereka itulah orang-orang yang mendapat rasa aman dan mereka mendapat petunjuk) ertinya orang-orang yang beribadah kepada Allah Yang Maha Esa secara tulus tanpa mempersekutukan-Nya dengan apa pun, merekalah yang aman dari azab Allah pada hari Kiamat. Mereka pula yang mendapat petunjuk di dunia dan di akhirat. Bukhari meriwayatkan bahawa Abdullah berkata, "Ketika turun ayat (Dan tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan kezaliman (iaitu syirik)) turun, para sahabat berkomentar sesama mereka, 'Siapakah di antara kita yang tidak pernah berbuat aniaya terhadap dirinya sendiri?' Maka turunlah ayat berikut menjawab kegundahan mereka. (Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar) (QS Luqman, 31: 13), (HR Bukhari) Ibnu Mardawaih meriwayatkan dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah saw bersabda, "Orang yang bersyukur ketika diberi, bersabar ketika tidak mendapat, minta ampun jika zalim dan memaafkan jika dizalimi..., " lalu beliau saw berhenti bicara. Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apa yang akan didapatkannya?" Beliau saw membaca ayat, (Mereka itulah orang-orang yang mendapat rasa aman dan mereka mendapat petunjuk) (HR Ibnu Mardawaih).
Rujukan: 1999: 345-346 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Para ahli tafsir berbeza pendapat mengenai maksud ayat ini, Sebahagian mengatakan bahawa maksudnya, "Inilah batas takdir dari Allah antara Ibrahim dan orang-orang yang menentangnya dari kalangan kaum musyrikin. Ini terjadi tatkala Ibrahim berkata pada ayat 81, maka Allah berfirman sebagai pembatas di antara keduanya, 'Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah benar-benar ikhlas dalam ibadahnya dan tidak mencampuri sikap ibadah dan keimanan itu dengan kezaliman alias kemusyrikan, maka mereka itulah yang akan mendapatkan ketenangan kerana selamat dari azab tuhannya. Sementara orang-orang yang berbuat musyrik dengan menyembah berhala, maka merekalah yang akan merasa takut dari azab akibat perbuatan mereka baik di dunia berupa ke- marahan Allah dan di akhirat berupa azab yang pedih.?? Pendapat ini dikuatkan oleh pentafsiran Muhammad bin Ishak dan Ibnu Zaid. Sebahagian ahli tafsir mengatakan bahawa ini adalah jawapan dari kaum Ibrahim kepada Ibrahim ketika ia berkata kepada mereka, "Manakah di antara kedua kelompok yang berhak mendapatkan ketenangan?", maka mereka menjawab, "Iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah lalu mengesakan-Nya maka itu berhak mendapatkan ketenangan selama mereka tidak mengotori iman mereka dengan kezaliman." Pendapat yang paling kuat dari dua kelompok pentafsiran itu adalah kelompok pertama. Tentang erti kezaliman dalam ayat tersebut para ulama juga berbeza pendapat. Sebahagian mengatakan bahawa yang dimaksud kezaliman adalah kemusyrikan. Pendapat ini adalah pendapat Abdullah, Al-qamah, Ibrahim, Abu Bakar, Khudzaifah dan Ibnu Al-Saib. Sebahagian ulama mengatakan bahawa yang dimaksud kezaliman adalah orang-orang yang tidak mengotori iman mereka dengan bentuk kezaliman dalam erti apa pun tetapi mereka sepenuhnya dalam ketaatan kepada Allah. Sebahagian lagi mengatakan bahawa maksudnya adalah orang-orang muhajirin dari kalangan sahabat Rasulullah.
Rujukan: 2001: 365-367 (Tafsir al-Tabari)