Al-An'am (6) : 53 (Blok: 52-53)
وَكَذَلِكَ فَتَنَّا بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لِيَقُولُوا أَهَؤُلَاءِ مَنَّ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنْ بَيْنِنَا أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَعْلَمَ بِالشَّاكِرِينَ
Dan demikianlah Kami uji sebahagian dari mereka (yang kaya raya) dengan sebahagian yang lain (yang fakir miskin); lalu orang-orang yang kaya itu berkata (kepada orang-orang fakir miskin yang beriman): "Inikah orang-orangnya yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka di antara kami? " (Allah berfirman): "Bukankah Allah lebih mengetahui akan orang-orang yang bersyukur?"
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim bahawa Saad bin Abi Waqas berkata bahawasannya ada enam orang yang duduk di sebelah Rasulullah saw di antara mereka ada Saad bin Abi Waqqas dan Abdullah bin Mas'ud. Kemudian ada beberapa orang yang berkata kepada Rasulullah "Usirlah mereka! Sungguh, kami malu jika pengikutmu seperti mereka yang hina itu!" Kemudian turunlah ayat ini yang memperingatkan agar kaum muslimin tidak membeza-bezakan darjat dan kedudukan.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)