Al-Baqarah (2) : 76
Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman"; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: "Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?"
ASBAB 1
Mujahid berkata bahawa Rasulullah saw berdiri pada Perang Quraizah di bawah benteng-benteng pertahanan mereka. Beliau berteriak, "Wahai saudara-saudara kera! Wahai saudara-saudara babi! Wahai para hamba-hamba tagut!? Mereka menjawab, "Siapakah yang mengabarkan keadaan kita ini kepada Muhammad? Sesungguhnya, tidak keluar panggilan ini terkecuali dari diri kalian sendiri kemudian turunlah ayat ini." Ibnu Abbas mengatakan bahawa jika bertemu dengan kaum mukminin, mereka berkata, ?Kami telah beriman" akan tetapi, ketika berkumpul dengan sesamanya, mereka berkata, ?Apakah orang-orang Arab berkata tentang hal ini?" Diriwayatkan pula oleh As-Saddi bahawa ayat ini turun berkenaan dengan segolongan Yahudi yang beriman kemudian mereka nifak. Ketika masih beriman, mereka sering mendatangi orang-orang mukmin Arab dan menceritakan kebenaran Rasulullah saw dalam Taurat. Kemudian, mereka saling menyalahkan.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)