Al-An'am (6) : 33
Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan engkau (wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).
TAFSIR 1
Allah swt menghibur Nabi saw yang sedih kerana didustai dan tidak diikuti oleh kaumnya. (Sungguh, Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu (Muhammad)) ertinya Kami sungguh mengetahui kedustaan mereka kepadamu dan kesedihan serta kemuraman hatimu kerananya. Erti dari (Kerana sebenarnya mereka bukan mendustakan engkau tetapi orang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah) adalah kerana sebenarnya mereka bukan mendustakan engkau dalam hal ini (Tetapi orang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah) tetapi yang mereka tolak dan ingkari adalah kebenaran. Seperti yang disampaikan oieh Sufyan Ats-Tsauri dari Ali bahawa Abu Jahal berujar kepada Nabi saw, "Kami sebenarnya tidak mendustakan kamu tetapi mendustakan dakwah yang kamu bawa." Maka Allah swt pun menurunkan ayat ini.
Rujukan: 1999: 335-336 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Dalam ayat ini Allah mengatakan, "Kami mengetahui bahawa kata-kata yang diucapkan kaum musyrikin kepadamu dengan ungkapan (Kamu pendusta), itu sangat menyakitkan hatimu. Padahal mereka tidaklah mendustakanmu dari segala wahyu yang Allah turunkan kepadamu. Mereka berbuat demikian bukan kerana tidak tahu tetapi mereka terus membangkang kepadamu walaupun mereka mengetahui kebenaran ajaranmu. Kerananya mereka pun tetapi tidak mahu beriman kepadamu. Dari Abu Shalih, tentang ayat (Sungguh, Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu (Muhammad)) suatu ketika datanglah Jibril kepada nabi yang tengah duduk-duduk sementara kesedihan mendalam tampak di wajahnya. Jibril bertanya, "Apa yang menyebabkan kamu merasa sedih?" Rasul menjawab, "Mereka mendustakanku." Jibril berkata, "Mereka tidaklah mendustakanmu kerana mereka tahu bahawa engkau ini benar Tetapi orang-orang yang zalim terhadap ayat Allah itu terus membangkang."
Rujukan: 2001: 219-221 (Tafsir al-Tabari)