Al-An'am (6) : 29
Dan tentulah mereka akan berkata pula: "Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati".
HADISNYA
Hadis riwayat Aisyah r.a, dia berkata Rasulullah saw bergerak-gerak di dalam tidurnya, maka kami bertanya "Wahai Rasulullah, ketika engkau tidur, engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan?" Beliau menjawab "Mengherankan! Ada sekelompok manusia dari umat-Ku yang datang menuju Baitullah kerana seorang lelaki Quraisy yang berlindung di Baitullah, sehingga ketika mereka telah tiba di suatu padang sahara mereka dibenamkan. Kami bertanya "Wahai Rasulullah, di jalan itu banyak berkumpul manusia?" Beliau menjawab "Benar! Di antara mereka terdapat orang yang pintar, orang yang terpaksa dan ada juga orang yang dalam perjalanan mereka seluruhnya binasa dalam satu waktu lalu mereka akan dibangkitkan oleh Allah di tempat yang berbeza-beza sesuai dengan niat mereka. "
No Hadis: 5134
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)