Al-An'am (6) : 21 (Blok: 19-26)
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ كَذَّبَ بِآيَاتِهِ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ
Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Ishak dan Ibnu Jarir bahawa Ibnu Abbas berkata "Nuham bin Zaid, Qurum bin Kaab dan Bahri bin Amr mendatangi Rasulullah dan berkata 'Wahai Muhammad, sepengetahuan kami ada tuhan selain Allah.' Lalu Rasulullah bersabda 'Lailaha illa Allah. Dengan kalimat itu, aku diutus dan aku berseru.' Lalu turunlah ayat ini." Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Said bin Abu Hilal bahawasannya ayat ini turun berkenaan dengan bapa saudara Rasulullah saw yang mencapai sepuluh orang. Mereka sangat kejam dan menghalang-halangi dakwah beliau dengan segala cara dan kesempatan.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)