Al-Ma'idah (5) : 109
يَوْمَ يَجْمَعُ اللَّهُ الرُّسُلَ فَيَقُولُ مَاذَا أُجِبْتُمْ قَالُوا لَا عِلْمَ لَنَا إِنَّكَ أَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ
(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah menghimpunkan Rasul-rasulNya lalu bertanya: "Apakah penerimaan yang diberikan kepada kamu (oleh umat-umat kamu dahulu, ketika kamu menyampaikan seruan ugama Allah)?" Rasul-rasul itu menjawab: "Tidak ada bagi kami pengetahuan yang sah tentang itu, (pengetahuan yang tepat adalah tertentu bagiMu), kerana sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang ghaib"
HADISNYA
Ibnu Umar r.a, berkata Rasulullah bersabda "Kunci-kunci ghaib ada lima, yang hanya diketahui oleh Allah. Iaitu tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang akan terjadi esok (kecuali Allah). Tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang ada di dalam kandungan kecuali Allah. Tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang akan Dia lakukan esok. Tidak ada seorang pun yang mengetahui bila turunnya hujan. (Dan tidak ada yang mengetahui bila terjadinya hari Kiamat kecuali Allah)."
No Hadis: 546
Rujukan: Sahih Bukhari (Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Al-Bukhari)