Al-Ma'idah (5) : 106 (Blok: 106-107)
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (ia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain (yang bukan seugama) dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut. Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah) kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata: "Demi Allah) kami tidak akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu dari kaum kerabat, dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah, (kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa".
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh At-Tirmizi, dari Ibnu Abbas, dari Tamim Ad-Dari bahawa dua orang Nasrani yang bernama Tamim Ad-Dari dan Adi bin Bada? sering mengadakan perjalanan pulang pergi ke Syam untuk berdagang. Pekerjaan ini dilakukan sebelum memeluk Islam. Badil bin Abi Maryam (bekas hamba sahaya Bani Sahm) pergi Bersama mereka dengan membawa barang niaga yang diantaranya bejana dari perak. Badil tertimpa sakit lalu dia berwasiat kepada kedua orang itu (jika dia meninggal) agar harta benda yang ditinggalkannya disampaikan kepada keluarganya. Tamim berkata ?Ketika Badil meninggal, bejana perak dari harta niaganya itu aku ambil dan kami jual seribu dirham lalu wang itu kami bahagi berdua dengan Adi dan Bada?. Ketika kami bertemu dengan keluarganya, kami sampaikan harta niaganya kepada mereka lalu mereka bertanya tentang bejana perak yang tidak ada diantara harta niaga itu. Kami pun menjawab bahawa Badil tidak meninggalkan harta lain kecuali yang ada ini. Pada saat aku masuk Islam, aku merasa berdosa atas apa yang telah aku perbuatkan maka aku datangi keluarganya dan aku ceritakan apa yang sesungguhnya terjadi. Lalu aku berikan kepada mereka lima ratus dirham yang pernah aku ambil dan aku ceritakan bahawa lima ratus dirham lagi ada pada temanku, Adi bin Bada?. Kemudian ahli waris itu dating menghadap Rasulullah saw dengan membawa Adi bin Bada yang tertuduh untuk diadukan kepada beliau. Akan tetapi ahli waris itu tidak mendapat bukti yang kuat dari tuduhan mereka terhadap Adi. Lalu Rasulullah memerintahkan kepada Adi bin Bada untuk bersumpah, dia pun bersumpah. Berkenaan dnegan itu, turunlah ayat 106-108. Berdirilah Amr bin Ash dan orang lain yang ada di tempat itu untuk menjadi saksi. Wang lima ratus dirham itu pun keluar dari Adi bin Bada?.?
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)