Al-Ma'idah (5) : 101
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Anas bin Malik, dia berkata "Ketika Rasulullah berkhutbah, ada seseorang yang bertanya 'Siapakah ayahku?' Beliau menjawab 'Fulan.' Lalu turunlah ayat ini." Demikian pula yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawasannya ayat ini turun berkenaan dengan perkataan orang-orang kafir yang menghina dan mencemuh Rasulullah saw dengan menanyakan sesuatu yang tidak penting seperti "Siapakah ayah-ku?" "Di mana untaku yang hilang?" Maka dari itu, turunlah ayat ini. Dalam riwayat lain, disebutkan Ibnu Jarir dari Abu Hurairah, Ahmad, At-Tirmizi dan Al-Hakim melalui jalan Ali, dia berkata "Tatkala turun surah Ali Imran ayat 97, para sahabat berkata 'Wahai Rasulullah, apakah haji itu wajib kita laksanakan setiap tahun?' Beliau tidak menjawabnya. Para sahabat pun mengulangi pertanyaan itu. Beliau menjawab 'Tidak kerana jika aku jawab 'Ya' haji akan dianggap wajib dilaksanakan tiap tahun.' Kemudian turunlah ayat ini."
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)