Al-Ma'idah (5) : 91 (Blok: 90-93)
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ahmad dari Abu Hurairah, dia berkata "Ketika Rasulullah datang ke Madinah, orang-orang masih meminum khamar dan makan dari hasil perjudian. Lalu mereka bertanya kepada Rasulullah tentang kedua hal itu. Kemudian turunlah Al-Baqarah ayat 219. Orang-orang kemudian berkata 'Itu bukanlah haram tetapi hanya dosa besar.' Mereka pun tetap melanjutkan kebiasaan minum khamar. Ketika ada seorang muhajirin menjadi imam bagi mereka dalam solat maghrib, ketika membaca ayat-ayat Al-Quran terjadi kesalahan kerana dalam keadaan mabuk. Lalu turunlah An-Nisa ayat 43. Akan tetapi mereka masih belum meninggalkan kebiasaan meminum khamar. Sampai turun ayat Al-Ma'idah ayat 90-91 ini, mereka pun berkata 'Ya Allah, kami telah berhenti dari meminumnya.' Lalu mereka bertanya kepada Rasulullah 'Wahai Rasulullah, bagaimana dengan orang-orang yang telah terbunuh di jalan Allah atau yang mati di tempat tidur mereka, sedangkan mereka adalah para peminum khamar dan pemakan hasil perjudian. Padahal itu kini telah ditetapkan sebagai perbuatan keji dari perbuatan syaitan?' Kemudian turunlah Al-Ma'idah ayat 93 ini."
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)