Al-Ma'idah (5) : 83
Doanya:
رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
Maknanya: Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).
Keterangannya: Doa ini dilahirkan oleh para ulama Kristian dari rasa insaf yang melingkupi diri mereka yang selama ini tidak mahu tunduk kepada ajaran yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Akhirnya, bila mereka melihat dan mendengar sendiri sebahagian dari kebenaran ayat Al-Quran dan ajaran Muhammad s.a. w., ditambah dengan pengetahuan mereka tentang kerasulan Sayidina Muhammad sebagaimana yang tersebut di dalam kitab Injil, mereka pun tunduk kepada Allah s.w.t. Di dalam ayat seterusnya Allah s.w.t. telah menjanjikan Syurga kepada mereka dan memberi mereka gelaran Muhsinin.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)