Al-Ma'idah (5) : 82
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
TAFSIR 1
Said bin Jubair, As Saddi dan ahli tafsir Iain menyatakan bahawa turunnya ayat ini berkenaan dengan utusan yang dikirimkan oleh Najasi kepada Nabi saw. Mereka diutus selain untuk mendengar langsung kata-kata Nabi saw juga untuk melihat ciri-cirinya. Setelah mereka melihat Nabi dan dibacakan Al-Quran oleh beliau, mereka langsung masuk Islam sambil menangis haru dan hati tertunduk. Mereka Ialu kembali kepada Najasi dan mengkhabarkan kejadian itu. Pendapat ini didukung oleh Atha bin Abu Rabah. la berujar, "Mereka adalah beberapa orang Habsyah yang masuk Islam ketika rombongan kaum muslimin yang hijrah ke Habsyah datang." Qatadah menambahkan, "Sebelumnya mereka memeluk agama Isa bin Maryam. Namun begitu melihat kaum muslimin dan mendengarkan ayat Al-Quran, mereka langsung masuk Islam tanpa menunda-nunda lagi." (Pasti akan kamu dapati orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik) permusuhan ini terjadi kerana kekafiran orang-orang Yahudi disebabkan sifat mereka yang keras kepala dan selalu menentang kebenaran, selain terlalu suka menganiaya orang Iain dan meremehkan orang-orang berilmu. Allah swt berfirman, pasti akan kamu dapati orang yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata, "Sesungguhnya kami adalah orang Nasrani) Orang Nasrani di sini adalah mereka yang mengasosiasikan diri sebagai pengikut Isa a.s dan konsisten mengikuti ajaran Injil. Mereka masih memiliki rasa cinta kepada agama Islam dan umat Islam secara umum.
Rujukan: 1999: 316-317 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini menerangkan perbezaan sikap Ahli Kitab terhadap umat Islam. Ayat ini menjelaskan bahawa yang paling keras permusuhannya terhadap umat Islam adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik penyembah berhala. Sedangkan yang paling dekat kecintaannya terhadap umat Islam adalah orang-orang Nasrani. Lalu siapakah mereka yang dimaksud "orang-orang Nasrani" dalam ayat ini? Mujahid menyatakan bahawa mereka itu adalah serombongan orang Nasrani dari negeri Habsyah yang datang bersama Jaafar Ibn Abi Thalib menghadap Nabi Muhammad saw. Ketika dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka pun masuk Islam. Sedangkan Said Ibn Zubair menyatakan bahawa yang dimaksud adalah Raja Najasi dan para pengikutnya yang masuk Islam. Namun, ada pula yang menyatakan bahawa yang dimaksud adalah orang-orang Nasrani yang sungguh-sungguh mengamalkan syariat Nabi Isa a.s dan ketika Nabi Muhammad saw datang, mereka semua beriman kepadanya. Adapun menurut At-Tabari mereka itu adalah orang-orang Nasrani yang hidup pada masa Rasulullah saw. Bisa jadi yang dimaksud adalah Raja Najasi dan para pengikutnya atau bisa pula orang yang dikirim Raja Najasi untuk menghadap Rasulullah saw atau bisa juga yang dimaksud adalah orang-orang yang mengikuti syariat Nabi Isa yang ketika bertemu Rasulullah saw serta mendengarkan lantunan ayat-ayat Al-Quran, mereka beriman dan masuk Islam kerana mengetahui bahawa hal itu benar dari Sisi Allah swt.
Rujukan: 2001: 593-600 (Tafsir al-Tabari)