Al-Ma'idah (5) : 55
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ
Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
HADISNYA
Hadis riwayat Jabir bin Abdullah r.a, dia berkata, menyinggung tentang kamilah ayat ini turun "Ketika dua golongan daripadamu ingin mundur kerana takut, padahal Allah adalah penolong bagi kedua golongan itu" Mereka adalah Bani Salimah dan Bani Haritsah dan kami menyukai ayat itu turun kerana firman Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung, 'Padahal Allah adalah penolong bagi kedua golongan itu."'
No Hadis: 4560
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)