Al-Ma'idah (5) : 54 (Blok: 51-55)
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Ishak, Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim dan Baihaqi dari Ubadah bin Shamit, dia berkata bahawa ketika terjadi peperangan bani Qainuqa, Abdullah bin Ubay bin Salul terlibat perjanjian dengan dirinya untuk saling membela kaum Yahudi Qainuqa. Lalu Ubadah menghadap Rasulullah untuk berlepas diri dari perjanjian dengan mereka. Dia ingin membersihkan diri kepada Allah dan rasul-Nya serta menggabungkan diri kepada tentara kaum muslimin. Dia berbaiat dengan setulus hati kepada Rasulullah. Sementara Abdullah bin Ubay bin Salul tidak melibatkan diri dalam pertempuran tersebut. Dia berkata bahawa ayat ini turun berkenaan dengan Abdullah bin Ubay bin Salul. Diriwayatkan oleh Tabrani dari Ammar bin Yasir, dia berkata "Datang seorang pengemis kepada Ali bin Abi Thalib ketika dia sedang rukuk dalam solat sunah. Lalu dia melepaskan cincinnya dan memberikannya kepada pengemis itu. Lalu turunlah ayat 55 ini."
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)