Al-Ma'idah (5) : 34
Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
TAFSIR 1
Pendapat bahawa ayat ini berlaku untuk kaum musyrik yang sempat bertaubat sudah tersurat secara jelas dari teks ayat. Adapun pemberontak muslim yang bertaubat sebelum dijatuhi hukuman maka dibebaskan dari hukuman bunuh, disalib atau dipotong kakinya. Bahkan melihat dari teks yang ada pada ayat ini, seorang pemberontak yang muslim dapat dibebaskan dari seluruh hukuman yang disebutkan. ltulah yang dipraktikkan oleh para sahabat. Sebagaimana riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Abu Hatim bahawa asy-Sya'bi mengisahkan, "Haritsah bin Badar at-Taimi, seorang penduduk Basrah telah melakukan perbuatan makar dan menentang pemerintah. la lalu bernegosiasi dengan beberapa lelaki Quraisy seperti Hassan bin Ali, Ibnu Abbas dan Abdullah bin Jaafar. Mereka lalu menyampaikan aspirasi Haritsah kepada Ali tetapi Ali tidak percaya. Haritsah lalu mendatangi Said bin Qais Al-Hamdani di rumahnya yang kemudian datang menemui Ali. 'Wahai Amirul Mukminin, bagaimana tuan melihat seorang yang menentang Allah dan rasul-Nya serta berbuat berbagai kerosakan di muka bumi (ia membaca ayat tersebut hingga sampai pada (Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menguasai mereka?) Setelah mendengar ayat itu dibacakan, barulah Ali mahu mengeluarkan jaminan keamanan untuk Haritsah. Said bin Qais mengatakan bahawa lelaki muslim yang memberontak itu adalah Haritsah bin Badar. Ibnu Jarir juga menyebutkan riwayat yang sama.
Rujukan: 1999: 300-301 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Makna ayat ini menurut Mujahid dan AI-Dhahhak adalah orang-orang Musyrik yang memerangi Allah dan rasul-Nya dan berbuat kerosakan di muka bumi apabila mereka beriman dan bertaubat sebelum tertangkap maka tidak ada sangsi hukum atas mereka. Namun, jika mereka tertangkap sebelum beriman dan bertaubat maka hukumannya adalah dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kakinya secara bersilang atau diusir dari negeri Islam. Ketentuan yang sama juga berlaku terhadap pelaku dari kalangan orang-orang Islam. Dalam riwayat Al-Sya?bi dan Said Ibnu Abd Al-Aziz disebutkan baha wa orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya, para perusuh serta pengacau keamanan dari kalangan orang-orang Islam apabila telah bertaubat dan memperoleh pengampunan dari penguasa muslim maka tidak ada sangsi hukum atas mereka. Kecuali jika mereka murtad dan meminta suaka kepada penguasa kafir maka mereka harus dihukum dan diperangi. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa para pelaku dari kalangan muslim tetap dijatuhi sangsi hukum walaupun sudah bertaubat. Di antara yang berpendapat demikian adalah Al-Hasan AI-Bashri. Adapun At-Tabari lebih memilih pendapat pertama bahawa siapa pun yang menjadi perusuh dan pengacau keamanan di negara Islam lalu bertaubat dan menyerahkan diri sebelum tertangkap maka dia tidak akan mendapatkan sanksi hukum walau- pun tetap wajib mengembalikan harta yang pernah ia rampas kepada pemiliknya.
Rujukan: 2001: 391-402 (Tafsir al-Tabari)