Al-Ma'idah (5) : 27
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
TAFSIR 1
Tibalah saatnya bagi Allah swt menjelaskan bagaimana kesudahan orang yang suka semena-mena, mendengki dan berbuat aniaya. Akibat itu Dia jelaskan melalui kisah dua putera kandung Nabi Adam a.s iaitu Habil dan Qabil. Salah satu dari mereka memusuhi saudaranya hingga tega membunuhnya. Bukan hanya bertindak semena-mena, Qabil melakukan ini juga kerana diselimuti rasa dengki. Qabil iri melihat nikmat yang diberikan Allah kepada orang lain (saudaranya sendiri). Di pihak lain, Allah swt hanya menerima korban dari orang yang tulus. Habil yang menjadi korban pembunuhan sebenarnya beruntung kerana dosanya diampuni dan ia dimasukkan ke dalam syurga. Sementara itu, Qabil yang membunuhnya merugi baik di dunia mahupun di akhirat. Allah swt menetapkan agar Adam a.s menikahkan puterinya dengan puteranya kerana keadaan yang memaksa. Tetapi ada yang mengatakan, setiap kali lahir Adam mendapatkan sepasang anak kembar, lelaki dan perempuan. Pasangan kembar ini harus menikahi pasangan kembar Iain secara silang. Pasangan kembar yang perempuan dari Habil agak buruk rupa sedangkan pasangan kembar Qabil memiliki wajah yang cantik. Qabil ingin dialah yang menikah dengan pasangan kembarnya itu, bukan Habil saudaranya. Tetapi Adam tidak setuju sebelum mereka berdua mengajukan korban. Siapa yang korbannya diterima dialah yang berhak menikahi pasangan kembar Qabil. Ternyata, korban Habillah yang diterima sedangkan kurban Qabil tidak. Maka terjadilah seperti yang dikisahkan dalam Al-Quran.
Rujukan: 1999: 297-298 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Menurut sebahagian ahli tafsir di antaranya AI-Hasan dua orang anak Adam yang dimaksud dalam ayat ini adalah dua orang dari kalangan Bani Israil. Pendapat ini lemah menurut At-Tabari. Yang benar adalah pendapat yang dikemukakan antara lain oleh Ibnu Abbas bahawa kedua orang itu adalah Qabil dan Habil. Habil adalah seseorang yang taat kepada perintah Allah. Adapun Qabil adalah seseorang yang berperilaku sebaliknya. Suatu ketika tersirat dalam hati mereka niat untuk berkorban kepada Allah swt. Maka, mereka pun melaksanakan niat tersebut dengan cara yang berbeza. Sebagai peternak, Habil berkorban dengan seekor kambing miliknya yang paling bagus. Sedang Qabil yang adalah seorang petani, berkorban dengan sebagian hasil taninya yang paling buruk. Akibatnya korban Habil diterima Allah swt sedang korban Qabil tidak. Qabil pun meradang pada Habil. la berkata "Dan ceritakanlah (Muhammad) yang sebenarnya kepada mereka tentang kisah kedua putera Adam ketika keduanya mempersembahkan korban maka (korban) salah seorang dari mereka berdua (Habil) diterima dan dari yang lain (Qabil) tidak diterima. Dia (Qabil) berkata, "Sungguh, aku pasti membunuhmu!" Dia (Habil) berkata, "Sesungguhnya Allah hanya menerima (amal) dari orang yang bertakwa. "Ayat ini memerintahkan Nabi Muhammad saw agar menceritakan kisah Qabil dan Habil kepada orang-orang Yahudi yang berniat jahat kepadanya dan para sahabatnya. Agar mereka tahu bagaimana akibat dari kezaliman, makar dan kederhakaan.
Rujukan: 2001: 316-328 (Tafsir al-Tabari)