Al-Ma'idah (5) : 27
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
HADISNYA
Dari Jundab bin Sufyan r.a, dia berkata "Aku pernah berhari raya korban bersama Rasulullah saw. Beliau duduk sejenak sebelum menyelesaikan solat. Ketika telah selesai solat, beliau mengucap salam. Tiba-tiba ada haiwan korban sudah disembelih sebelum beliau menyelesaikan solatnya. Lalu beliau bersabda 'Barang siapa telah menyembelih haiwan korbannya sebelum solat (solat Idul Adha), maka hendaklah dia menyembelih haiwan lain sebagai gantinya. Dan barang siapa belum menyembelih, hendaklah dia menyembelih dengan menyebut nama Allah."'
No Hadis: 3621
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)