Al-Ma'idah (5) : 6
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
TAFSIR 1
Allah swt memerintahkan kita untuk berwudhu setiap akan melaksanakan solat. Hanya saja, berwudhu sebelum solat hukumnya wajib bagi seseorang yang berhadas dan hukumnya sunah bagi seseorang yang masih suci. Disebutkan, pada masa awal-awal Islam berwudhu wajib dilakukan setiap kali akan melakukan solat. Tetapi kemudian perintah ini dinasakh (diganti). (Maka basuhlah wajahmu) itulah perintah pertama dalam berwudhu. Imam Ahmad meriwayatkan, Ibnu Abbas berwudhu dengan cara membasuh wajahnya. la mengambil air (dan terlebih dahulu) berkumur-kumur lalu mengeluarkan air bekas kumurannya. la mengambil air lagi lalu merapatkan kedua telapak tangannya dan membasuh wajahnya. la mengambil segenggam air dan membasuh tangan kanannya. Segenggam air yang Iain untuk membasuh tangan kirinya. Setelah itu, ia menyapu kepala. la mengambil segenggam air lagi, memercikkannya ke atas kaki kanan lalu membasuhnya. Kemudian ia mengambil segenggam lagi dan membasuh kaki kirinya. Sesudah melakukan semua itu, Ibnu Abbas berujar, "Beginilah kulihat Rasulullah saw berwudhu." (HR Ahmad dan Bukhari) Selain itu, orang berwudhu disunatkan untuk membasuh tangan hingga kedua lengannya (sebatas siku wajib). (Allah tidak ingin menyulitkan kamu) ertinya Allah swt mempermudah dan tidak ingin mempersulit kalian. Sebagai salah satu kemudahan dan rahmat-Nya, Dia memperbolehkan kalian bertayamum ketika kalian sakit atau tidak menemukan air.
Rujukan: 1999: 288-290 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Menurut Ibnu Abbss, Qatadah dan Ad-Dahak ayat ini menjelaskan tata cara dan kewajiban bersuci iaitu wudhu, mandi atau tayamum bagi seseorang yang berhadas apabila ia hendak melaksanakan solat. Ikrimah berpendapat bahawa seseorang wajib berwudhu setiap kali ia hendak melaksanakan solat. Sedangkan menurut At-Tabari, setiap orang yang hendak solat memang diperintahkan untuk berwudhu terlebih dahulu. Hal ini wajib hukumnya bagi orang yang berhadas sedangkan bagi orang yang tidak berhadas hukumnya sunat saja. Namun tentu saja seseorang yang selalu berwudhu setiap kali hendak melaksanakan solat itu jauh lebih utama daripada seseorang yang hanya menggunakan satu kali wudhu saja untuk beberapa kali solat. Adapun cara bersuci orang-orang yang junub adalah dengan mandi. Sedangkan cara bersuci orang yang sedang sakit sehingga tidak boleh tersentuh air atau dalam perjalanan atau telah buang hajat atau telah bersetubuh namun tidak mendapatkan air untuk berwudhu atau mandi maka cara bersucinya adalah bertayamum dengan tanah yang bersih. Kewajiban bersuci sebelum melaksanakan solat memiliki hikmah yang sangat agung. Kewajiban bersuci ini bukanlah untuk menyusahkan orang-orang Mukmin melainkan kerana Allah hendak mensucikan diri mereka dari dosa dan hendak membersihkan tubuh mereka dari kotoran. Ini adalah nikmat yang harus disyukuri oleh orang-orang Mukmin dengan cara melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Rujukan: 2001: 53-72 (Tafsir al-Tabari)