Al-Ma'idah (5) : 3
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
TAFSIR 1
Dalam ayat ini diinformasikan, dilarang mengonsumsi haiwan-haiwan yang haram di antaranya bangkai. Iaitu binatang yang mati tidak dengan cara disembelih atas nama Allah dan bukan hasil buruan. Pengharaman ini disebabkan kandungan bahaya di dalamnya yakni darah yang telah beku. Di samping merusak agama, darah juga dapat merosak fizik kita. (Darah) maksudnya darah yang mengalir. (Daging babi) maksudnya semua jenis babi baik peliharaan mahupun babi liar. Kata "daging" meliputi seluruh tubuh babi termasuk lemaknya. (Dan (daging) haiwan yang disembelih bukan atas (nama) Allah) ertinya semua haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah hukumnya haram dimakan. (Yang tercekik) maksudnya haiwan yang mati tercekik, baik dicekik dengan sengaja mahupun tidak sengaja. Misalnya, mati terjerat dalam perangkap. Adapun (Yang dipukul) adalah haiwan yang dipukul dengan benda tumpul dan berat hingga tewas. (Yang terjatuh) atau haiwan yang mati kerana jatuh dari tempat tinggi. An-nathihah, haiwan yang mati kerana dicakar oleh binatang lain. Yang haram lainnya adalah haiwan yang mati kerana dimangsa binatang lain seperti singa, harimahu, serigala ataupun anjing. Mujahid berbicara mengenai makna (Berhala) adalah batu di sekeliling Kabah. Ayat di atas juga berbicara tentang nikmat Allah swt yang paling besar terhadap umat Islam. Allah swt telah menyempurnakan agama ini sehingga selaku umat-Nya kita tidak lagi memerlukan agama ataupun nabi lain.
Rujukan: 1999: 282-285 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Menurut At-Tabari, ayat ini menjelaskan beberapa jenis makanan yang diharamkan oleh Allah swt terhadap orang-orang yang beriman yang meliputi (1) Bangkai (2) Darah yang mengalir dan tidak termasuk yang diharamkan jantung, limpa atau hati (3) Babi iaitu seluruh bahagian tubuh babi tanpa kecuali baik babi liar ataupun yang dipeliharadan (4) Sembelihan atas nama selain Allah. Termasuk golongan ini binatang yang tidak disebut nama Allah ketika disembelih juga semua sembelihan yang dipersembahkan bagi berhala. Adapun yang dimaksud bangkai adalah semua jenis binatang yang mati tanpa proses penyembelihan sesuai syariat yang meliputi (a) semua jenis binatang yang mati tidak wajar baik kerana terjepit, tercekik atau terkaman pada kerongkongannya (b) binatang yang mati kerana dibanting atau dipukul dengan keras (c) binatang yang mati kerana terjatuh dari tempat yang tinggi (d) kambing yang ditanduk oleh kambing yang lain sampai mati dan tidak sempat disembelih dan (e) binatang yang dibunuh dan dimakan oleh binatang buas. Semua binatang itu haram kecuali bila sempat disembelih terlebih dahulu sesuai syariat maka dengan sembelihan tersebut semua binatang itu menjadi halal hukumnya.
Rujukan: 2001: 53-72 (Tafsir al-Tabari)