An-Nisaa’ (4) : 176
Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang di tinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan". Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
TAFSIR 1
Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah, dia berkata "Rasulullah saw datang menjenguk saya saat sakit dan tidak sedar. Beliau berwudhu dan memercikkan air ke muka saya atau beliau menyuruh yang lain 'Percikkan air ke dia.' Saya pun sadar. Saya lalu berujar, 'Saya hanya diwarisi oleh kalalah. Bagaimana pembahagiannya nanti?' Lalu Allah swt menurunkan ayat warisan." (HR Bukhari, Muslim, dan Ahmad) Makna ayat ini seolah-olah tentu Allah yang lebih tahu mereka meminta fatwa kepadamu tentang kalalah. (Katakanlah Allah memberi fatwa kepadamu) yakni tentangnya. Teks ini menyiratkan sesuatu. Mengenai kalalah sudah dibahas sebelumnya. Kata ini berasal dari kata iklil yang bererti mahkota yang terletak di kepala. ltulah sebabnya majoriti ulama mentafsirkan kalalah dengan orang yang meninggal tanpa memiliki anak ataupun ayah yang akan mewarisi. Namun ada juga yang mengatakan bahawa kalalah adalah orang yang tidak punya anak. Hukum kalalah telah menjadi persoalan tersendiri bagi Amirul Mukminin Umar bin Khathab. Seperti termaktub dalam Sahih Bukhari dan Muslim, "Tiga hal yang saya harapkan diterangkan lagi oleh Nabi saw sebagai pegangan iaitu bahagian datuk, masalah kalalah dan salah satu bab mengenai riba." (HR Bukhari dan Muslim).
Rujukan: 1999: 278-279 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Menurut At-Tabari kalalah adalah (Jika seseorang mati dan dia tidak mempunyai anak tetapi mempunyai saudara perempuan) namun mempunyai saudara perempuan. Bila jumlahnya seorang, maka ia memperoleh warisan setengahnya. Jika lebih dari seorang maka mereka memperoleh dua pertiganya. Hal ini sebagaimana riwayat yang bersumber dari Jabir r.a, "Dari Jabir, dia berkata 'Aku mengadukan rasa sakitku sedangkan aku memiliki sembilan orang saudara perempuan atau tujuh orang, aku ragu-ragu (tentang jumlahnya). Maka Rasulullah saw masuk menemuiku kemudian beliau meniup wajahku maka aku pun merasa tenang.' Kemudian aku berkata ?Ya Rasulullah, bolehkah aku mewasiatkan untuk saudara-saudara perempuanku dua pertiga harta (milikku)?? Beliau menjawab ?Tahanlah dulu!? Kemudian aku berkata, ?Bolehkah setengahnya?? Beliau menjawab, ?Tangguhkan dulu!? Kemudian beliau keluar dan meninggalkan aku. Kemudian beliau kembali lagi kepadaku dan berkata, ?Hai Jabir, aku tidak melihat sakitmu itu akan menyebabkan kematian dan sesungguhnya Allah telah menurunkan ayat untuk menjelaskan bahagian waris saudara-saudara perempuanmu itu iaitu bagi mereka dua pertiga bahagian.? Jabir berkata ?Ayat ini diturunkan tentang masalahku.? Menurut At-Tabari, Allah swt menerangkan masalah pembahagian waris dan hukum tentang masalah kalalah serta bagaimana tata cara penentuan bahagiannya dalam Al-Quran agar manusia tidak keliru dan menyeleweng dari kebenaran.
Rujukan: 2001: 713-726 (Tafsir al-Tabari)