An-Nisaa’ (4) : 176
Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang di tinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan". Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh An Nasa'i dari Ibnu Zubair, dari Jabir, dia berkata "Aku menderita sakit lalu Rasulullah saw menjengukku. Aku berkata kepada beliau 'Wahai Rasulullah, aku telah berwasiat sepertiga dari hartaku kepada saudara-saudara perempuanku.' Beliau menjawab 'ltu sangat baik.' Aku berkata lagi 'Kalau separuh dari kekayaanku?' Beliau bersabda 'ltu sangat baik' Lalu beliau pulang. Beliau kembali lagi seraya bersabda 'Aku yakin bahawa engkau tidak akan mati oleh sebab sakitmu ini. Allah telah mewahyukan kepadaku tentang cara pembahagian harta waris bagi saudara-saudara perempuan iaitu dua pertiga. "' Menurut Jabir, ayat ini turun berkenaan dengan dirinya.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)