An-Nisaa’ (4) : 166
لَكِنِ اللَّهُ يَشْهَدُ بِمَا أَنْزَلَ إِلَيْكَ أَنْزَلَهُ بِعِلْمِهِ وَالْمَلَائِكَةُ يَشْهَدُونَ وَكَفَى بِاللَّهِ شَهِيدًا
(Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan Allah kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga turut menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini).
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Ishak dari Ibnu Abbas, dia berkata "Sekelompok Yahudi mendatangi Rasulullah saw lalu beliau berkata kepada mereka 'Demi Allah, sungguh aku mengetahui bahawa kalian benar-benar mengetahui bahawa aku adalah utusan Allah.' Orang-orang itu berkata 'Kami tidak tahu tentang itu.' Lalu turunlah ayat ini."
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)