An-Nisaa’ (4) : 146
Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan ugama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.
TAFSIR 1
Kaum munafik yang sempat bertaubat ketika di dunia pasti taubat dan penyesalannya itu diterima Allah. ltulah yang disampaikan Allah dalam beberapa ayat berikutnya. Namun dengan syarat, taubat itu dilakukan dengan tulus dan disertai dengan melakukan perbaikan amal. la juga diharuskan berlindung kepada Allah dalam segala hal. (Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki diri dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan dengan tulus ikhlas (menjalankan) agama mereka kerana Allah) iaitu Allah akan mengganti rasa riak mereka dengan keikhlasan sehingga amal soleh mereka masih bisa diterima walaupun sedikit. (Maka mereka itu bersama-sama orang-orang yang beriman) iaitu mereka berada dalam kelompok orang beriman pada hari Kiamat. (Dan kelak Allah akan memberikan pahala yang besar kepada orang-orang yang beriman) iaitu Allah swt juga memberi tahu bahawa Dia tidak memerlukan siapa pun dan Dia mengazab hamba-Nya justeru kerana dosa yang mereka lakukan.
Rujukan: 1999: 266 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Maksud ayat (Kecuali orang-orang yang taubat) adalah mereka kembali dari kemunafikan kepada kebenaran dan mengakui keesaan Allah dan mengimani apa yang disampaikan RasuI-Nya. Maksud ayat (Dan memperbaiki diri) memperbaiki amal mereka dengan mengamalkan sesuatu yang diperintahkan Allah dan melaksanakan ketentuan-ketentuannya. Dan mereka meninggalkan perbuatan yang dilarang serta menahan diri dari kemaksiatan. Maksud ayat (Dan berpegang teguh pada (agama) Allah) mereka memegang teguh janji Allah. Maksud ayat (Dan dengan tulus ikhlas (menjalankan) agama mereka kerana Allah) mereka memurnikan ketaatan dan amal perbuatan mereka semata-mata kerana Allah. Mereka beramal bukan kerana ingin mendapat pujian dari manusia, juga tanpa disertai keraguan dalam beragama dan meyakini bahawa Allah akan membalas amal mereka, amal baik dibalas dengan pahala dan amal jahat dibalas dengan seksa. Maksud ayat (Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman) mereka yang telah taubat dari kemunafikan, memperbaiki amal, berpegang teguh terhadap janji Allah dan memurnikan agama mereka, Allah memberikan sifat kepada mereka bahawa mereka bersama orang mukmin di syurga bukan bersama orang munafik yang wafat dalam kemunafikannya yang telah dijanjikan berada dalam kerak neraka. Permaknaan ini sejalan dengan perkataan Hudzaifah, "Pasti di antara kaum munafik akan masuk syurga." Lalu Abdullah berkata, "Apa dasar Anda mengatakan demikian?" Maka Hudzaifah marah, lalu berdiri kemudian pergi. Ketika mereka terpisah-pisah, Al-qamah lewat kepadanya (Abdullah), lalu berkata, "Sesungguhnya sahabatmu mengetahui apa yang aku katakan." Kemudian ia membacakan ayat di atas.
Rujukan: 2001: 621-623 (Tafsir al-Tabari)