An-Nisaa’ (4) : 128
Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz" (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
TAFSIR 1
Allah menjelaskan sekaligus menetapkan syariat dalam persoalan perselisihan rumah tangga. Terkadang, sumber perselisihan itu ada pada pihak suami, kadang keduanya dapat hidup rukun tetapi dapat pula kadang pihak suami ingin menceraikan isterinya. Pertama, situasi ketika seorang isteri merasa khawatir ditinggalkan atau dibenci oleh suaminya. Pada situasi ini, seorang isteri dapat menolak seluruh atau sebahagian yang menjadi haknya seperti nafkah, pakaian, tempat tinggal atau hal lain yang bagi suami merupakan kewajiban. Dalam kondisi ini, si suami harus mengabulkan permintaan isterinya. Masing-masing pihak tidak dapat dipersalahkan. Oleh sebab itu, Allah tegaskan (Maka keduanya dapat mengadakan perdamaian yang sebenarnya). Allah menegaskan lagi (Dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka)) daripada bercerai. (Walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir) ertinya berdamai lebih baik walaupun manusia pada dasar tabiatnya kikir. (Dan jika kamu memperbaiki (pergauIan dengan isterimu) dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap acuh tak acuh), maka sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan) maksudnya jika kamu mempertahankan rumah tangga dengan bersabar menghadapi isteri yang tidak kamu sukai dan memberikan panutan bagi isteri seperti mereka, maka itu semua pasti Allah catat dan akan dibalas-Nya dengan balasan yang terbaik.
Rujukan: 1999: 262 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Makna nusyuz adalah suami meminta kemuliaan (harga diri) dari isteri kerana egois, baik disebabkan marah, isterinya hina dina dan buruk rupa, isteri sudah tua atau yang Iainnya. Maksud ayat (Tidak berdosa atas keduanya) adalah atas wanita yang khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya. Maksud ayat (Mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya) adalah ketika suaminya tidak mahu menggauli dan tidak mahu memberikan haknya, ia meminta kepada suaminya untuk mengadakan perdamaian, mempertahankan statusnya dan berpegang teguh terhadap akad nikah. Maksud ayat (Dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka)) perdamaian dengan meninggalkan sebahagian hak kerana hendak melanjutkan status mahram dan berpegang teguh terhadap akad nikah, maka itu lebih baik daripada minta talak. Maksud ayat (Walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir) adalah kendati wanita itu kikir tetapi jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Maksud ayat (Dan jika kamu memperbaiki (pergaulan dengan isterimu) dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap acuh-tak acuh)) adalah agar kaum lelaki bersabar dan penuhilah hak-hak wanita, serta bergaullah dengan mereka secara baik dan bertakwalah kepada Allah dengan tidak bertindak zalim kepada isterimu dalam memenuhi hak-hak mereka iaitu hari giliran, nafkah dan pergaulan yang baik. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan, wahai lelaki dalam urusan isteri, iaitu berbuat baik terhadap mereka, bergaul dengan mereka secara baik dan tidak bertindak zalim akan hak-hak mereka.
Rujukan: 2001: 548-566 (Tafsir al-Tabari)