Al-Humazah (104) : 1
وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
ASBAB 1
Diriwayatkan Ibnu Abi Hatim dari Utsman dan Abdullah bin Umar, keduanya berkata "Masih terdengar dalam telinga kami, bahawa ayat 1 dan 2 dari surah ini turun sehubungan dengan Ubay bin Khalaf, seorang hartawan besar dari kaum Quraisy, ia dengan hartanya suka mencemuh dan mengolok-olok Rasulullah saw, ia pula beranggapan bahawa hartanya akan membuatnya kekal sehingga ia tidak perlu beribadah kepada siapa pun."
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)