Az-Zalzalah (99) : 8
وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
ASBAB 1
Diriwayatkan Ibnu Abi Hatim, dari Said bin Jabir, ia berkata "Tatkala turun ayat Al-Insan (76: 8) kaum muslimin berpendapat bahawa mereka tidak diberi pahala jika bersedekah dengan nominal yang sedikit, mereka juga beranggapan bahawa perbuatan dosa kecil seperti berbohong, mengumpat atau memandang wanita cantik tidak akan mendapat balasan seksa. Intinya mereka mengatakan bahawa Allah menyiapkan neraka adalah untuk pelaku dosa-dosa besar. Kemudian Allah menurunkan ayat 8 ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)