Ash-Syarh (94) : 5
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
ASBAB 1
Diriwayatkan Ibnu Jarir dari Hassan Al-Bashri behawasanya ketika kaum musyrikin melecehkankaum muslimin dengan kemiskinan yang menimpa mereka, Rasulullah kemudian bersabda ?Berbahagialah kalian kerana kemudahan telah datang kepada kalian. Ketahuilah sesungguhnyasatu kesulitan tidak akan pernah mengalahkan dua kemudahan. Maka dari itu, turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)