An-Nisaa’ (4) : 114
لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.
HADISNYA
Dari Abu Said Al-Khudri, dia berkata bahawa, Rasulullah saw selalu keluar pada hari Idul Adha dan Idul Fitri. Beliau memulai dengan solat. Setelah menyelesaikan solat dan mengucapkan salam, beliau berdiri menghadap kaum muslimin yang duduk di tempat solat mereka masing-masing. Jika beliau mempunyai keperluan yang perlu disampaikan, beliau akan tuturkan hal itu kepada kaum muslimin. Atau ada keperluan lain, maka beliau memerintahkannya kepada kaum muslimin. Beliau bersabda "Bersedekahlah kalian! Bersedekahlah! Bersedekahlah! Dan ternyata majoriti yang memberikan sedekah adalah kaum wanita. Setelah itu beliau berlalu.
No Hadis: 1472
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)