Asy-Syams (91) : 5 (Blok: 1-5)
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
TAFSIR 1
Mengenai maksud firman Allah (Demi matahari dan sinarnya pada pagi hari) Mujahid berkata maksudnya adalah cahayanya. Qatadah berkata maksudnya adalah keselu- ruhan siang. Ibnu Jarir berkata yang benar adalah dikatakan bahawa Allah bersumpah dengan matahari dan siangnya. (Demi bulan apabila mengiringinya) Mujahid berkata maksudnya iaitu mengikutinya. Qatadah berkata, ketika matahari diiringi oleh malam bulan sabit dan ketika matahari jatuh maka tampaklah bulan sabit itu (bulan sabit). (Demi siang apabila menampakkannya) Mujahid mengatakan, saat terang. Oleh kerana itu, Mujahid berkata (Demi siang apabila menampakkannya) serupa dengan firman Allah (Dan siang apabila terang-benderang) (QS Al-Lail, 92: 2). (Demi malam apabila menutupinya (gelap gelita)) adalah ketika matahari tertutupi. Maksudnya ketika ia pergi sehingga langit menjadi gelap gelita. (Demi langit serta pembinaannya (yang menakjubkan) iaitu mungkin sekali bahawa kata (ma) yang ada dalam ayat tersebut adalah masdar dengan erti langit dan pembinaannya. Ini merupakan pendapat Qatadah. Dan mungkin pula ayat itu bermakna min sehingga ertinya adalah langit dan pembinaannya. Ini merupakan pendapat Mulahid. Kedua pendapatnya saling berkaitan. Sedangkan yang dimaksud dengan pembinaan (pembangunan) adalah meninggikan sebagaimana yang ada dalam firman Allah. (Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami)) (QS Az-Zariyat, 51: 47) (Demi Bumi serta penghamparannya) iaitu kata Thahaha maksudnya adalah penghamparannya, maksudnya adalah menciptakan apa yang ada di dalamnya." Ali bin Abi Thalhah berkata, yang dikutip dari Ibnu Abbas, yang dimaksud Thahaha adalah pembahagiannya. Mujahid, Qatadah, Ad-Dhahak, As-Saddi, Tsauri, Abu Shalih dan Ibnu Zaid berkata, maksud 'penghamparannya,' adalah pembentangannya.
Rujukan: 1999: 993 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah swt menerangkan pada ayat-ayat ini tentang makna yang menjadi objek sumpah-Nya. Dia mengawali sumpah-Nya dengan matahari dan sinarnya di siang hari iaitu (Demi matahari dan sinarnya pada pagi hari) Kata Imam At-Thabari, "Maknanya, Allah bersumpah dengan matahari dan siang hari kerana sinar matahari tampak di siang hari." Selanjutnya, Allah swt bersumpah dengan (Bulan apabila mengiringinya). Maksudnya, demi bulan apabila mengiringi matahari. Dan itu terjadi pada pertengahan awal bulan iaitu ketika matahari terbenam, bulan muncul (mengikuti kepergian matahari). Kemudian, Allah juga bersumpah dengan waktu siang apabila matahari telah tampak sinarnya dengan sempurna. Setelah bersumpah memakai cahaya dalam berbagai fasa, selanjutnya Allah bersumpah memakai nama malam hari dalam satu keadaan saja iaitu demi malam hari apabila mulai menutupi cahaya matahari sehingga sinar matahari itu sirna ditelan kepekatan malam. Dan Allah bersumpah pula dengan keadaan langit dan Bumi iaitu demi langit dan Zat yang menciptakannya. Dan demi Bumi dan Zat yang menghamparkannya. Pada ayat selanjutnya, Allah bersumpah memakai nama jiwa manusia iaitu demi jiwa dan Zat yang menciptakan dan menyempurnakannya. Kemudian, Allah swt memberikan ilham kepada jiwa manusia sehingga ia mampu membezakan antara kebaikan dan kejahatan juga ketaatan dan kemaksiatan.
Rujukan: 2001: 33-38 (Tafsir al-Tabari)