An-Nisaa’ (4) : 110
Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
TAFSIR 1
Berkat kemuliaan dan kemurahan-Nya, informasi Allah swt semua orang yang bertaubat dari dosa apa pun pasti Dia terima. Allah swt berfirman, (Dan barang siapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya kemudian dia memohon ampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang) Ali bin Abu Thalhah meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas berbicara mengenai ayat ini, "Allah swt menginformasikan bahawa Dia Maha Pemaaf, Penyantun, Pemurah dan rahmat-Nya yang luas serta ampunan-Nya dalam ayat ini. Ampunan itu berlaku bagi semua pelaku dosa, kecil ataupun besar, (Kemudian dia memohon ampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang) Sekali pun dosanya lebih luas dari langit, Bumi dan gunung." Ibnu Jarir juga menyebutkannya. Imam Ahmad meriwayatkan dari Ali, "Apabila mendengar satu sabda Rasulullah saw dengan cara begitu rupa Allah swt membuat sabda beliau itu berfaedah bagi saya. Abu Bakar orang jujur menceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda sebagai berikut, 'Tidak ada seorang muslim pun yang berbuat dosa, kemudian ia berwudhu, solat dua rakaat dan memohon agar Allah swt mengampuni dosa tersebut, melainkan Allah akan ampuni dosa-dosanya.' Beliau lalu membaca kedua ayat ini, (Dan barang siapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya) dan (Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah) (QS Ali Imran 3: 135) (HR Ahmad).
Rujukan: 1999: 257 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Maksud ayat (San barang siapa yang berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya) kejahatan atau menzalimi dirinya dengan melakukan itu, ia berhak mendapat seksaan Allah. Maksud ayat (Kemudian ia mohon ampun kepada Allah) kemudian ia taubat kepada Allah dengan mengganti amal kejahatan itu dengan amal soleh yang dicintai Allah, yang akan menghapus dosanya dan menghilangkan kejahatannya. Maksud ayat (Nescaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang nescaya ia mendapati Allah sebagai penutup dosanya dengan memalingkan dari seksaan dan kejahatannya kerana Dia Maha Penyayang kepadanya. Ibnu Jarir berkata, '"Ayat ini bagi semua orang yang melakukan kejahatan atau menzalimi diri sendiri, meskipun turun berkenaan dengan orang-orang yang berkhianat dan yang menggugat dari mereka, yang diterangkan Allah pada beberapa ayat sebelumnya.
Rujukan: 2001: 474- 476 (Tafsir al-Tabari)