Al-Fajr (89) : 27
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
ASBAB 1
Diriwayatkan Ibnu Abi Hatim, dari Buraidah, ayat 27 ini turun menceritakan Hamzah, bapa saudara Rasulullah saw yang gugur di Perang Uhud. Allah menurunkan ayat tersebut sebagai tanda kebesaran atas jiwa yang tenang.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)