Al-Buruuj (85) : 1 (Blok: 1-2)
Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
Al-Buruuj (85) : 1 (Blok: 1-5)
Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
TAFSIR 1
Dalam surah ini, Allah bersumpah demi langit dan gugusan-gugusannya iaitu bintang-bintang yang besar, sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya yang lain sebagai berikut. (Maha Suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu). (QS Al-Mulk, 67: 1) Menurut Ibnu Abbas, Mujahid, Ad- Dhahak, Hassan, Qatadah dan As-Saddi, kata (Gugusan bintang) bererti bintang. Menurut Manhal bin Amr bererti gugusan bintang dengan bentuk yang bagus. Menurut Ibnu Jarir bererti tempat-tempat matahari dan bulan iaitu dua belas tempat di mana matahari berjalan pada tiap-tiap tempat itu selama satu bulan dan bulan berjalan pada tiap-tiap tempat itu selama dua atau tiga hari. Dengan begitu, semua tempat itu berjumlah dua puluh lapan tempat dan tertutup selama dua malam.
Rujukan: 1999: 986 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Pada ayat-ayat ini Allah swt bersumpah memakai nama benda-benda ghaib dan benda-benda yang dapat disaksikan oleh mata iaitu langit yang mempunyai gugusan-gugusan bintang besar dan tidak terhitung banyaknya. Di samping itu, Allah bersumpah dengan hal-hal yang mutlak keghaibannya iaitu hari yang dijanjikan (hari kiamat), di mana setiap hamba akan mendapatkan putusan dari Allah swt. Allah swt juga bersumpah dengan (Yang menyaksikan dan yang disaksikan) Kata Imam At-Tabari "Allah tidak memberitahukan kepada kita objek yang dijadikan sumpah-Nya, apa yang dimaksud dengan 'yang menyaksikan' dan 'yang disaksikan?' Oleh kerana itu, katakan saja 'yang menyaksikan dan yang disaksikan'." Selanjutnya, Allah swt memberitahukan tentang api neraka yang akan membinasakan orang-orang yang menentang Nabi Muhammad saw iaitu mereka yang disebut dengan panggilan Ashabul Ukhdud. Lalu, siapakah yang dimaksud Ashabul Ukhdud itu? Menurut Imam At-Tabari adalah orang-orang yang telah mencelakakan orang-orang yang beriman (lelaki dan perempuan) ke dalam parit (lubang yang memanjang). Maka dalam ayat-Nya, Allah swt menyebutkan bahawa mereka akan dilaknat dan dibinasakan kerana perbuatan mereka itu.
Rujukan: 2001: 595-600 (Tafsir al-Tabari)